Benjamil

Screen

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

Latar Belakang Syarikat

Benjamil Diversified Sdn. Bhd. (808924-U) ditubuhkan pada 6hb Mac 2008 di bawah Akta Syarikat 1965. Syarikat ini adalah syarikat milik penuh bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai kontraktor pembekal/perkhidmatan.

Teras perniagaan syarikat adalah sebagai pengedar dalam bidang pembekalan bahan bakar dan bahan pelincir untuk kegunaan kereta motor, mesin dan generator.

Walaupun syarikat ini baharu beroperasi kurang daripada lima tahun, syarikat ini masih boleh berdaya maju kerana perniagaan syarikat dikendalikan oleh satu pasukan kerja yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman luas dalam bidang yang diceburi.

Matlamat syarikat √°dalah untuk menjadi satu syarikat yang menjadi pilihan utama oleh pelanggan.

Selain pembekalan bahan bakar, aktiviti syarikat ini termasuk juga membekal bahan pelincir, bahan-bahan binaan, alat dan sistem mencegah kebakaran, kimia untuk kegunaan industri, peralatan keselamatan jalan raya, peralatan dan kelengkapan pejabat, alat ganti dan kelengkapan bot atau kapal serta peralatan-peralatan marin.